Search

-

Content

2 comments

Kehilangan

Harini, kami telah kehilangan...
Nenek aku sedih, menangis lesu.
Termenung jauh, tidak berteman lagi selepas ini.
Tak de lagi suaranya, tak de lagi lepak-lepak bersamanya.
Aku, memang terasa juga kehilangannya.
Tapi apakandaya, sudah takdirnya untuk pergi buat selama-lamanya pada subuh tadi.
Sedihnya aku..tapi nenek aku lagi sedih tak terkata, begitu jugak Mama..
Walau macama mana sekalipun, dia teap diingatan kami sekeluarga.

Atan...kami sayang kamu.
Kucing nenek aku daaaaaa...
Sunyilah nenek aku lepas ni.
Saper nak temankan nenek aku lepak2 baring lepas solat?
Atan dah tak de.
Takde lagi suara Atan bila aku sampai umah nenek aku tiap-tiap pagi.
Takde lagi Atan bising-bising bila nampak aku.
Aku dah tak jerit panggil Atan balik bila nampak dia nak pergi jalan-jalan.
Atan, dah lebih lapan tahun ko dok ngan kami.
Atan la yg rajin temankan baby aku masa dalam pantang lapan tahun lepas.
Atan pandai bawak diri...sedihnya aku tak terkata.
Atan...adakah pengganti yang sama macma ko lepas ni?
Akan aku carikkan kucing kampung untuk nenek aku, sebagai pengganti ko.
Nenek, jangan nangis ya...

Jahat sungguh anjing yang membaham Atan....apa dosa Atan?
0 comments

Majlis Penutup Tadarus

Alhamdulillah...selesai sudah Majlis Tadarus kat opis aku.
Syukur juga dipanjatkan sebab semua dapat menghabiskan bacaan Al-Quran dengan baik sekali sepertimana yang dirancangkan.

Bacaan dimulakan dengan Asma Ul-Husna

Para Jemaah wanita...cantik-cantik belaka dengan bacaan masing-masing.

Tenangnya hati tatkala membacanya..peneman jiwa di mana jua.


Apalah agaknya yang diperkatakan Ustaz (kanan) dengan Pengerusi Surau Al-Hidayah (tengah) dan Tan Sri (kiri sekali berbaju biru) sebelum majlis berlangsung.


Pihak Surau Al-Hidayah juga tak lupa menyediakan berkat untuk kami. Alhamdulillah sykur ke hadrat Allah SWT. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dijalankan saban tahun.

Ole-ole untuk para jemaah

Goodies

 Aktiviti bertadarus ini memang menjadi rutin kami di Wisma. Alhamdulillah kami dikurniakan AJK Surau yang amat aktif dengan perkembangan kami umat Islam.
Jutaan terima kasih kami ucapkan atas usaha kalian.


0 comments

"Keluarga Iskandar "

                        
 

                                                        Jom kita layan "Keluarga Iskandar"


Aku memula ngadap cerita ni, macam pelik-pelik gak la kan. Bukan apa, ni cerita betul ke ataupun drama.. Aku jadi konflik dalam diri plak masa tu.
Tapikan, bila lama-lama tengok, dari minggu ke minggu jadi macam satu tarikan, sebab ia berdasarkan pada kehidupan seharian kita sebagai orang Melayu yang memang mementingkan ikatan kekeluargaan yang sebenar dalam keadaan kat luar, maksud aku dari sudut realitinya.

Aku gemarkan corak persembahan para pelakon yang bersahaja melakonkan watak masing-masing. Seolah-olah mereka memang keluarga asal. Walaupun rata-ratanya ada yang mengatakan keluarga ni yang agak berpecah belah, di mana Mak Jah sebagai mak yang agak brutal, cuba nak menyatukan anak-anaknya yang mempunyai sejuta pe'el, tapi menyeronokkan bagi aku.

Aku tau betapa ramainya para blogger yang membuat ulasan mengenai drama ataupun kita panggil sitkom? Yang mana satu ya, maaf andainya telahan aku salah. Nanti ada pulak yang kata aku ni memandai-mandai...tapi ada aku kisah....

Walaupun entry aku mengenai "Keluarga Iskandar" ni dah agak terrrrkebelakang dan agak keeeeetinggalan tapi aku sebagai peminat "Keluarga Iskandar" masih ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada semuanya daripada akar umbinya hingga lahirnya cerita yang memang menarik.

Sebab? Kebanyakan kita dah dilambakkan dengan drama yang asyiklah dengan unsur cintan cintun yang meliuk lintuk yang boleh diklasifikasikan dalam kategori merosakkan minda muda-mudi masa kini. Yang selalunya indah khabar dari rupa. Kononnya bercinta, nak ikut macam dalam tv tapi bila dah menikah tak seindah seperti dalam layar perak yang ditontonnya saban hari. Ada jadi....kalau tak jadi takkan angin bertiup kencang. Beranak pinak, berderet-deret anak, orang lain kahwin, dia pon nak kahwin, alih-alih bila dah keluar sekali susun paku, tatau nak buat apa, laki bini buat dekkkk kat anak-anak yang dah berderet-deret tu, nak lari dari tanggungjawab cemana? Adaaaaa caranya, dengan cara? Caranya siang malam kerja obertime, kononnnnnnnnnnyaaaaa obertimelahhh, tapi bila sampai opis, dok on FB, on segala mak nenek yang ada kat dalam dunia IT ni. Perghhhhh dasat kan? Anak??? Anak ahhhh biaq pi la kat tok nek dorang....hahahahahaha jangan tak percayaaaaaaaaaa, kenyataan semua ni beb!!!

Apa aku dah melalut ni hehhhh, dari "Keluarga Iskandar", aku gi ke cerita drama lain plak, chaittt!!! Merapu kacang parpu.

Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH buat warga kerja "Keluarga Iskandar". Tingkatkan usaha kalian, semoga ada lagi siri-siri yang terbaik dari warga kerja anda selepas ini!!!!!

1 comments

Umar...


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
Pertama sekali, syukur kehadrat Allah SWT sebab aku masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan menikmati Ramadhan.
Tak da kata-kata indah selain daripada terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertanya kemanakah hilangnya aku...

Tak ada gambar makanan, sebab aku masih merangkak-rangkak menggunakan rumah baru,
cuma Umar sebagai penyerinya. Gambar 2 bulan lepas kat Fraser Hill.
Anugerah Allah SWT buat kami sekeluarga.


Insya'allah bersiaran kembali dengan rutin harian seperti dahulu..seperti,
(menonggek-nonggek, terteleng-teleng sebab? sebab shoot gambo, bukan terkentut dan tercirit, harap maklum).
Dan mulai hari ini, aku akan bahasakan diri aku Mak Jemah (habis satu opis panggey aku nama ni, sebab mcm Joyah masuk paso nenek nenek pergi merewang)
Mula-mula bahasa bajet mcm pernglipur lara, pengakhiran, tak bleh kaber dah..
...aku tetap aku...


2 comments

Pengakhirannya.....Moon punyer blog: Norma telah pergi buat selamanya...

Moon punyer blog: Norma telah pergi buat selamanya...: Assalamualaikum.. Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan...

Tiada lagi Norma... marila bersama kita Fidyahkan surah Al-Fatihah buat Noormawati binti Mohd Rasif, Al-Fatihah....amin.

Hari bisu bagi aku...
Tiada lagi perkembangan Norma yang akan aku ikuti saban hari setelah lebih setahun aku tatapi.
Esok lusa akan aku coretkan sesuatu ingatan khusus untuknya, Insya'allah.
2 comments

BERTAMBAH PILU DISUDUT HATI AKU...Moon punyer blog: Update Norma - Oksigen berkurang

Moon punyer blog: Update Norma - Oksigen berkurang: Kol 4 am ...my phone bunyi ...celik2 mata tgk its Talib . Terus berdebar je hati nih ...mintak la bukan berita tew . Im scared tau Akak .....


Moon...
Tak mampu lagi untuk aku mencoretkan apa-apa...
Ya Allah..
Permudahkanlah perancangan yang telah Kau tetapkan buat Noormawati Mohd Rasif..
Amin...

Followers

About Me

My Photo
Seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu selagi hayat dikandung badan, masih menuntut amal sebelum jasad dikandung tanah.

My Blog List