Search

-

Content

Tuesday, June 9, 2009

Karipap Mini


Yaaaaa sila- sila. Jemput duduk ya sme. Meh makan karipap cinonet ni. Resipi dari kakfida@myresipi. Resipi kak fida mmg tak akan mengecewakan hati haku yg beso sket dari karipap cinonet ni. Sedap, rangup. Anakanda-anakanda aku skeeeeeeeeeeeeeeeee!!! Tu yang penting. Pasalnya kekecik kot. Aku tuko inti ke ikan bilis. Kang klo boh udang kerin, siannnnnnnnnn aku, pepenat bikin, taleh makan. Ehem!! Dan satu lagik aku campo minyak sapi ngan mentega. Meh kita tgk, jom!!!

Bahan doh:-

1 sudu minyak sapi
1 sudu butter
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 biji jus limau kasturi
225 g tepung gandum

Cara menyediakan doh:-
1. Minyak sapi, butter air dan garam dimasak hingga mendidih. Masukkan jus limau kasturi dan terus tutupkan api.

2. Buatkan bulatan di tengah tepung, dan tuangkan bahan panas tadi perlahan-lahan. Gaulkan rata menggunakan sudu. Uli hingga sebati dan ketepikan sebentar selama 10 minit.

Bahan intinya:

*100g ikan bilis/udang kering
*2 ulas bawang putih
*3 biji lada merah
*1 batang serai
(kisar bahan bertanda *)
Garam dam gula
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara menyediakan inti:-
1. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Perasakan. Kemudian sejukkan.

Untuk membuat karipap mini:-
1. Canai doh nipis-nipis, dan terapkan sebesar duit syiling 50sen. Isikan inti dan kelim kemas-kemas. Buat hingga habis.

2. Goreng dalam minyak terendam, sambil tu gaul-gaulkan karipap tersebut hingga kecoklatan yang rata. Angkat dan toskan. Jika nak simpan, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara. Siap!!

1 comments:

dhani ramdhani says:
at: May 21, 2013 at 11:42 PM said...

widihhh kren bgt nicchh bisa di coba nichhh

thank's gan

Followers

About Me

My Photo
Seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu selagi hayat dikandung badan, masih menuntut amal sebelum jasad dikandung tanah.

My Blog List