Search

-

Content

Sunday, August 12, 2012

"Keluarga Iskandar "

                        
 

                                                        Jom kita layan "Keluarga Iskandar"


Aku memula ngadap cerita ni, macam pelik-pelik gak la kan. Bukan apa, ni cerita betul ke ataupun drama.. Aku jadi konflik dalam diri plak masa tu.
Tapikan, bila lama-lama tengok, dari minggu ke minggu jadi macam satu tarikan, sebab ia berdasarkan pada kehidupan seharian kita sebagai orang Melayu yang memang mementingkan ikatan kekeluargaan yang sebenar dalam keadaan kat luar, maksud aku dari sudut realitinya.

Aku gemarkan corak persembahan para pelakon yang bersahaja melakonkan watak masing-masing. Seolah-olah mereka memang keluarga asal. Walaupun rata-ratanya ada yang mengatakan keluarga ni yang agak berpecah belah, di mana Mak Jah sebagai mak yang agak brutal, cuba nak menyatukan anak-anaknya yang mempunyai sejuta pe'el, tapi menyeronokkan bagi aku.

Aku tau betapa ramainya para blogger yang membuat ulasan mengenai drama ataupun kita panggil sitkom? Yang mana satu ya, maaf andainya telahan aku salah. Nanti ada pulak yang kata aku ni memandai-mandai...tapi ada aku kisah....

Walaupun entry aku mengenai "Keluarga Iskandar" ni dah agak terrrrkebelakang dan agak keeeeetinggalan tapi aku sebagai peminat "Keluarga Iskandar" masih ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada semuanya daripada akar umbinya hingga lahirnya cerita yang memang menarik.

Sebab? Kebanyakan kita dah dilambakkan dengan drama yang asyiklah dengan unsur cintan cintun yang meliuk lintuk yang boleh diklasifikasikan dalam kategori merosakkan minda muda-mudi masa kini. Yang selalunya indah khabar dari rupa. Kononnya bercinta, nak ikut macam dalam tv tapi bila dah menikah tak seindah seperti dalam layar perak yang ditontonnya saban hari. Ada jadi....kalau tak jadi takkan angin bertiup kencang. Beranak pinak, berderet-deret anak, orang lain kahwin, dia pon nak kahwin, alih-alih bila dah keluar sekali susun paku, tatau nak buat apa, laki bini buat dekkkk kat anak-anak yang dah berderet-deret tu, nak lari dari tanggungjawab cemana? Adaaaaa caranya, dengan cara? Caranya siang malam kerja obertime, kononnnnnnnnnnyaaaaa obertimelahhh, tapi bila sampai opis, dok on FB, on segala mak nenek yang ada kat dalam dunia IT ni. Perghhhhh dasat kan? Anak??? Anak ahhhh biaq pi la kat tok nek dorang....hahahahahaha jangan tak percayaaaaaaaaaa, kenyataan semua ni beb!!!

Apa aku dah melalut ni hehhhh, dari "Keluarga Iskandar", aku gi ke cerita drama lain plak, chaittt!!! Merapu kacang parpu.

Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH buat warga kerja "Keluarga Iskandar". Tingkatkan usaha kalian, semoga ada lagi siri-siri yang terbaik dari warga kerja anda selepas ini!!!!!

0 comments:

Followers

About Me

My Photo
Seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu selagi hayat dikandung badan, masih menuntut amal sebelum jasad dikandung tanah.

My Blog List