Search

-

Content

Friday, April 25, 2014

KKBA Lembah Klang, Aku Sayang Kalian


 
Ahad, 20 April 2014..satu tarikh yang teramat bererti bagi aku. Buat pertama kalinya, aku bersetuju nak menyertai perumpaan yang dirancang saat-saat akhir. Aku tawakkal. Aku pergi dengan harapan, aku dapat diterima sebagai ahli keluarga KBBA Lembah Klang. Awal pagi bertolak ke Taman Tasik Perdana sepertiman perancangan awal. Walaupun agak lewat sedikit daripada waktu yang dirancang, syukur Alhamdulillah kami bertemu dengan perasaan yang bercampur-baur. Aku terdiam, aku kagum dengan mereka. Blogges bertentang mata, yang mana selama ini, aku hanya menjadi pembaca sepi. Tanpa pengetahuan kalian aku menyelongkar isi luahan hati dengan penulisan bersahaja yang amat menyenangkan hati aku menitip bait ayat di blog kalian. Walaupun tak semua dapat berkumpul, tapi sebahagian daripada ahli keluarga KBBA Lembah Klang yang hadir cukup memenuhkan suasana hingar yang sedia ada. Aku bahagia walaupun pertama kali bertentang mata. Selama ini, kami hanya riuh di WhastApp. Tak kira siang malam.....
 
Kehadiran kalian teman, menghiburkan hati aku. Tiada sepi yang memenuhi jiwa ini. Kalian teramat berharga dalam hidup aku. Coretan ini khas untuk keluarga baru yang sangat-sangat aku sayang. Gurau senda, gelak tawa, mengubati segala kedukaan. Walaupun kita tak sempat berborak lama kerana kekeluan yang terlalu mengikat kita, namun hilai tawa yang memecahkan keheningan tak menghalang segalanya. Aku akur, kalian jua dengan cuaca yang tak berapa mengizinkan kita menikmati suasana tenang. Mulanya kami merancang untuk sesi pembelajaran selok belok mengenai Fotografi, tapi memandangkan juadah yang dibawa seolah menutupi tujuan asal kami. Pecah berderai hilai tawa menggamatkan suasana.
 
Walaupun tanpa kehadiran pemangkin kami En. Ben kerana sebab - sebab yang tidak boleh dielakkan, kami mesra bagai sudah lama saling mengenali.

 
Sebahagian daripada Blogger KBBA Lembah Klang

Setelah jenuh kami menikmati hidangan dengan penuh selera, walaupun hujan membasahi bumi Kuala Lumpur tika itu, namun sedikitpun tidak mematahkan semangat kami. Pemilik silenceblogz.com,, Mummy Sue, Namia, Ummi, Tikah, Zura, Angah, Eddy, Pijut adalah sebahagian keluarga aku yang ada bersama. Mereka leka menimba ilmu daripada Insan yang lebih arif dalam dunia fotografi. Aku hanya mampu memandang dengan hati yang penuh ketenangan dengan kehadiran kalian.



Anak-anak kami adalah pemangkin keriuhan yang semakin menjadi-jadi. Mereka leka dengan dunia masing-masing. Kejujuran watak anak - anak ini tidak perlu dipertikaikan, duniawi mahupun fantasi. Alangkah indahnya kehidupan mereka yang tak tercalar dengan onar kehidupan.

 
Credit to Potia
 

Asyik dengan gadjet...........................

 
Credit to Potia
 

Tangisan indah nan comel....tiada makna tersirat disebalik cucuran air mata si kecil.


 Credit to Potia
 
Potret kasih yang teramat bermakna buat aku, akan aku rakamkan dan simpan jauh di satu sudut yang paling istimewa di dalam kotak ingatan. Tiada tara kasih sayang yang kami curahkan sesama kami seperti keluarga kami. Ikatan yang amat bermakna ini takkan aku sia-siakan. Dunia kami tidak bersempadan hanya dengan pertemuan pertama. Andai rezeki menyebelahi, InsyaAllah kita besua kembali. 


Credit to Potia
 
Kasih sayang kalian tidak seperti embun di hujung daun. Ia hilang kala mentari pagi menyuluh dunia.
Kita akan bersama selagi hayat diizinkan Allah SWT, InsyaAllah.
 
Aku sayang kalian dengan sepenuh hati yang tiada taranya....salam sayang daripada Mak Sya...

5 comments:

fmina08 says:
at: April 26, 2014 at 8:42 PM said...

wah!!!! rajin dah memblog..aku aje yg masih malas...

Elly_z says:
at: April 26, 2014 at 10:12 PM said...

Perghh.. lama ku menunggu, akhirnya terbit jua nukilanmu teman..

AbbotCottage says:
at: May 1, 2014 at 7:16 PM said...

Terima kasih teman..

AbbotCottage says:
at: May 1, 2014 at 7:17 PM said...

Ehehehe...hangat hangat baja taik ayam je ni mbakyu.

Nora Nasran says:
at: May 6, 2014 at 10:14 AM said...

Makkkkkkk...

sadissss nyekkkk..
miss you lah mak.. muuuaaaccccsssss

Followers

About Me

My Photo
Seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu selagi hayat dikandung badan, masih menuntut amal sebelum jasad dikandung tanah.

My Blog List